PKPB: Ini Antara 23 Aktiviti Yang Masih Tidak Dibenarkan Beroperasi

Umum mengetahui hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.

Menerusi sidang media itu, Muhyiddin berkata perlaksanaan PKPB adalah bagi membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara.

Bagaimanapun, pembukaan semula sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berhati-hati dengan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ketat.

Namun, berdasarkan justifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut merupakan senarai aktiviti yang masih dilarang:

1. Hiburan dan Riadah

  • Panggung Wayang
  • Pusat Karoake
  • Taman Tema
  • Muzium
  • Busking

2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

  • Perarakan Keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
  • Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)

3. Persidangangan dan Pameran

  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
  • Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial

  • Kenduri – kendara
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7. Pengangkutan

  • Kapal Persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya

9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

  • Aktiviti fitting pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi

15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan

  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan

18. Perlombongan dan Pengkuarian

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif

  • Penggambaran filem
  • Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan Kesenian

  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

  • Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet)

Leave a Reply