PM Umum Tidak Boleh Balik Kampung Beraya Tahun Ini

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei Ini.

Menerusi perlaksanaan PKPB itu rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung sempena cuti perayaan Aidilifitri, maaf tidak dibenarkan,” jelasnya.

Perkara itu diumumkan PM dalam perutusan khas Hari Pekerja. Menerusi sidang media itu, Muhyiddin berkata perlaksanaan PKPB adalah bagi membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara.

Perlaksanaan tersebut adalah sudah pun mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, pembukaan semula sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berhati-hati dengan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ketat.

“Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan.

“Kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.

Perniagaan yang tidak dibenarkan menurutnya itu antaranya adalah panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

Untuk sukan pula, aktiviti yang outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.

“Jadi, saudara- saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.

“Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan,” katanya.

Bagaimanapun, sukan yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan seperti bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium pula tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

Leave a Reply