Pos Malaysia Tawar Pekerjaan Ketika PKP, Komisen Sehingga RM6000

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh dikatakan ramai yang membuat pembelian melalui online kerana tidak boleh lagi keluar untuk ke pusat membeli belah.

Pasti ramai tahu baru-baru ini tular mengenai perningkatan mendadak permintaan menghantar bungkusan (parcel) sepanjang PKP. Difahamkan Pos Laju menerima sehiggga 770,000 parcel dalam sehari.

Nampaknya, ini tentunya berita baik buat mereka yang hilang pekerjaan ataupun buat mereka yang mahu menjana pendapatan dimana Pos Malaysia Berhad menawarkan pekerjaan sebagai rider mereka.

Pos Malaysia berkata pihaknya memerlukan ‘pos rider’ atau ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju di seluruh negara dengan menawarkan komisyen sehingga RM6,000.

Peluang ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Selain itu anda juga perlu mempunyai van (komersial) berpanel penuh atas nama sendiri ataupun syarikat anda.

Pemohon juga perlu memiliki lesen memandu penuh GDL dan telefon pintar. Bagaimanapun, peluang ini terbuka kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan yang disenarikan di dalam poster di atas.

Mereka yang berminat boleh menghantar permohonan menerusi emel [email protected]

Leave a Reply