Produk Kesihatan Ini Viral Selepas Beberapa Menteri Didakwa Memakainya

Dalam kebimbangan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, satu produk kesihatan ‘Antah Wellness Defend Healtag’ tular di kalangan netizen selepas beberapa menteri dilihat turut memakainya.

Ia berikutan ada pihak mendakwa produk tersebut mampu menghindarkan diri daripada jangkitan wabak COVID-19. Turut tular gambar beberapa pemimpin negara memakai produk tersebut antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan, Dato Seri Ismail Sabri.

 

Berdasarkan tinjauan, harga produk tersebut dijual di Watson pada harga RM59.90 namun ianya telah habis terjual. Bagaimanapun, produk itu masih boleh di dapati di Shopee namun harganya jauh lebih mahal iaitu RM99.90 dan hanya melalui pre-order sahaja.

Ramai yang tertanya-tanya adakah produk tersebut boleh mengelakkan daripada jangkitan COVID-19, bagaimanapun menerusi laporan Hong Kong Free Press, produk itu tidak langsung berkesan kerana ia tidak boleh melindungi anda daripada virus.

Menurut Dr Ariane Davison, seorang ahli virologi dan imunologi menjelaskan kepada HKFP bahawa produk tersebut mengandungi klorin dioksida dan ianya dipakai di leher sedangkan hidung dan mulut merupakan kawasan yang boleh menyebabkan anda dijangkiti.

Katanya lagi, tidak mungkin anda mahu memakai produk itu dimuka kerana ia mengandungi klorin dioksida yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas, mata sakit dan mengakibatkan kulit terbakar.

Difahamkan, produk tersebut sudah pun diharamkan penjualannya di eBay di beberapa negara. Malah pihak berkuasa Vietnam telah mengatakan produk itu tidak mempunyai asas saintifik. Bagaimanapun, ia masih boleh didapati di Hong Kong di kedai-kedai farmasi, 7-Eleven, HKTV mall dan Watsons.

SUMBER: Amazingnara

Leave a Reply