Proton X70 CKD Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM94,800

0
5856

Jika anda impikan kereta dengan reka bentuk seperti Geely Boyue atau Proton X70 dengan harga lebih murah tahun ini, nampaknya anda boleh memilikinya tidak lama lagi apabila Proton telah pun melancarkan Proton X70 CKD (pemasangan tempatan) ke pasaran domestik.

Menariknya, model terbaru ini menyaksikan dengan penurunan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut varian.

Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM94,800, manakala varian Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122,800).

Foto: The Ajerul

Dari segi rekaan tidak banyak perubahan yang ditampilkan, namun terdapat ciri baharu yang ditawarkan bagi versi X70 CKD ini iaitu logo baru Proton dan enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual.

Bagaimanapun, untuk versi CKD kali ini tiada lagi varian AWD ditawarkan sebaliknya hanya 2WD ditawarkan bagi varian Standard, Executive, Premium dan Premium X (panoramic sunroof).

Proton X70 ditawarkan dengan warna ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, Ruby Red’, ‘Cinnamon Brown’ dan ‘Space Grey’.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: BH ONLINE & The Ajerul