Puting Kena Gigit, Bayi 8 Bulan Ditusuk Gunting 90 Kali Oleh Ibu Sendiri

0
49286

Nampak mudah, namun ada masanya ibu berdepan kesakitan dan tidak ketika menyusukan bayi mereka apabila si anak akan menggigit puting ibu lebih-lebih lagi selepas mereka tumbuh gigi.

Lebih membimbangkan jika wanita yang baru melahirkan mengalami baby blues. Baby blues merupakan gangguan suasana hati yang dialami oleh ibu menyebabkan mereka mudah sedih, cepat marah, gelisah dan menangis tanpa sebab.

Baru-baru ini tular kisah dimana seorang bayi berusia 8 bulan ditemui oleh bapa saudaranya dalam keadaan berlumurah darah.

Bayi tersebut dikatakan telah ditusuk oleh ibunya sendiri kerana telah menggigit puting ibunya ketika sedang menyusu.

Melihatkan keadaan bayi itu, bapa saudaranya segera membawa bayi itu ke hospital. Bayi itu dapat diselamatkan dan menerima lebih 100 jahitan pada bahagian wajah dan beberapa bahagian badan.

Akhirnya si ibu mengakui dia yang menusuk badan anaknya dengan gunting sebanyak 90 kali kerana merasa sangat sakit apabila putingnya digigir oleh bayinya itu.

Susulan insiden berkenaan, jiran tetangga yang mengetahui tentang kejadiah menyedihkan itu meminta hakim untuk menjauhkan bayi 8 bulan itu dari ibunya.

Namun permintaan tersebut ditolak apabila hakim menetapkan bayi berkenaan akan berada dalam pengawasan kedua ibu dan bapa saudaranya.

Tidak pasti apa yang membuatkan si ibu marah sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian pada anaknya. Apa yang pasti, sindrom baby blues boleh jadi bahaya buat bayi dan ibu sehingga boleh bertindak di luar kawalan.

SUMBER: The Asian Parent