Disaat hampir kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung dan kuarantin di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, namun lain yang terjadi di Amerika Syarikat apabila beratut orang turun ke jalan bagi membantah arahan duduk rumah.
Rata-rata rakyat di negara itu tidak berpuas hati susulan perintah kuarantin di rumah. Menerusi video yang dikongsikan oleh NowThisPolitics, ada yang menuduh COVID-19 adakah agenda yang sengaja direka dan diheboh-hebohkan oleh media.
Malah, ada yang mengatakan bahawa tiada pandemik yang berlaku di Amerika Syarikat seperti yang laporkan media.
Sangat berbeza dengan apa yang terjadi disana, sehinggakan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dapat melakukan aktiviti harian kerana tidak dapat memotong rambut dan bekerja seperti biasa.
Dalam pada itu, Presiden As, Donald Trump dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan penunjuk perasaan sambil berkata, “Ini adalah orang-orang hebat. Mereka mahu kembali. Mereka mahu hidup mereka kembali. Kehidupan mereka diambil dari mereka”.
Setakat ini, Amerika Syarikat mencatatkan kes tertinggi COVID-19, dimana sebanyak lebih 800,000 kes dan 45,297 kematian.