Rakyat Israel Ini Berjaya Masuk Malaysia, Terkejut Dengan Apa Yang Dilaluinya

Seperti diketahui, rakyat Israel diharamkan untuk melawat ke 20 negara termasuklah negara kita Malaysia. Bagaimanapun, baru-baru ini YouTuber terkenal Nas Daily memaklumkan sudah dibenarkan memasuki Malaysia dengan menggunakan kerakyatan negara Caribbean.

Perkara itu sekaligus menimbulkan persoalan netizen mengapa warga Israel termasuk Nas Daily terlalu ingin memasuki Malaysia.

Seorang pengguna Twitter menggunakan nama Harris berkongsikan pengalaman seorang warga Israel bernama Haim Katri yang mempunyai status kerakyatan Belanda dan pernah berkunjung ke Malaysia pada awal tahun 2020.

https://twitter.com/Harris151515151/status/1393820521372872714

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Haim Katri mengatakan dia akui terkejut dengan negara Malaysia yang tidak sama seperti digambarkan oleh warga negara mereka.

Haim berkata warga Israel menggambar Malaysia sebagai negara ‘radikal agama’ apatah lagi Malaysia antara negara Islam yang lantang bersuara mengenai kekejaman Israel. Malah, warga Israel juga turut menyangkakan Malaysia negara yang mundur dan miskin.

Namun, persepsinya berubah sebaik sahaja tiba di Malaysia dan terkejut mengetahui rakyat Malaysia bebas menganut mana-mana agama.

Rakyat kita juga dikatakan bertoleransi malahan negara kita dianggap lebih maju berbanding negara-negara Islam yang lain.

“Saya tiba di Kuala Lumpur dan penyambut tetamu di hotel menyambut saya dengan tutur bahasa Inggeris yang lebih baik daripada saya.

“Malah, remaja serta seluruh lapisan umur tidak segan mengucap ‘selamat tahun baharu’ dan bertanya khabar mengenai saya,” tulisnya.

Haim menyifatkan Malaysia sebuah negara demokratik kerana tiada masalah hidup dalam berbilang budaya dan agama sepanjang sempat hari berada di Malaysia. Haim turut membandingkan dengan Israel yang hanya mementingkan satu agama sahaja iaitu Yahudi Zionis.

SUMBER: The Vocket