Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara 2 Tahun Jika Langgar Perintah Kuarantin

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Memetik laporan Sinar Harian, peguam Syazlin Mansor berkata, hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan kedua, hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan yang dilakukan berterusan akan dikenakan denda tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

Syazlin turut menjelaskan mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 berada di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Dibawah Seksyen 15(1) memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah

Sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian, seseorang individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan seseorang itu berdepan hukuman.

Setakat hari ini, Malaysia mencatatkan 125 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 553 kes.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

One comment

Leave a Reply