Ramai Terkejut Apple Tak Jawab Bila Tanya Waktu Di Palestin, Tapi Jawab Bila Tanya Waktu Israel

0
2847
Gambar iPhone: gsmarena.com

Baru-baru ini seorang pengguna di TikTok telah berkongsikan sesuatu yang nampak normal saja namun memberikan reaksi yang mengejutkan buat penonton video tersebut lebih-lebih lagi rakyat Malaysia.

BACA: Olimpik Dicemari Dengan Kemenangan Jijik Israel Dalam Acara Gimnastik?

Siri merupakan pembantu virtual yang dibangunkan oleh Apple yang boleh digunakan hampir di semua peranti keluaran mereka.

Melalui video pendek tersebut, lelaki berkenaan bertanyakan soalan mudah tentang waktu di Palestin kepada Siri.

@serialkillertok13

##stitch ##serialkillertok13 ##fyp ##fypシ ##apple ##scary ##tech ##palestine ##israel

♬ Hoist the Colors – Imp

Bagaimanapun jawapan yang diterima adalah Siri tidak mengetahui mengenai perkara tersebut namun bila ditanyakan waktu di Israel, Siri terus memberikan jawapan.

Perkara tersebut menimbulkan reaksi berbaur pengguna platform tersebut malah ada di antara mereka yang turut mencuba untuk bertanyakan perkara yang sama kepada peranti Apple mereka.

Jawapan mereka – perkara tersebut benar-benar terjadi sama dalam video. Sementara itu, Bixby dari Samsung dan Alexa dari Google dikatakan masih memberikan jawapan jika ditanyakan mengenai Palestin.

Berikut merupakan video yang lebih jelas mengenai soalan yang diajukan tersebut yang ditanyakan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada penjelasan dari pihak Apple sama ada perkara ini sekadar kesilapan teknikal atau sebaliknya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.