Olimpik Dicemari Dengan Kemenangan Jijik Israel Dalam Acara Gimnastik?

Tidak cukup dengan negara lain ingin dijajahnya secara paksa, Israel kini nampaknya turut kelihatan terpaksa untuk memenangi pingat di sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo.

BACA: Ini Kisah Atlet Judo Israel Di Olimpik Yang 2 Kali Diboikot Lawannya & Tak Menang Pingat

Keputusan dalam acara gimnastik tersebut nyata membuatkan bukan saja negara yang tewas bengang malah turut mendapat reaksi dunia.

Kemenangan atlet Israel, Linoy Ashram dalam acara gimnastik telah dipersoal oleh jurulatih Rusia, Irina Viner-Usmanova. Ini kerana kesilapannya bukan sipi-sipi tapi memang terlalu jelas!

Malah video rakaman persembahan kurang kemas atlet dari Israel itu juga turut tersebar di laman sosial. Anda boleh tonton dan nilai sendiri betapa tidak telusnya pengadilan bagi acara ini dalam video di bawah.

Keputusan yang tidak adil ini juga sememangnya sukar diterima. Bayangkan perkara sebegini boleh terjadi di pentas sukan berprestij.

Bagaimanapun, jurulatih Rusia itu tidak menyalahkan Ashram kerana dia hanyalah ‘alat’ untuk digunakan Israel untuk menjatuhkan kredibiliti Rusia yang sememangnya mendominasi suka ini sekian lama.

Sementara itu, dalam perkongsian lain, jelas wujud rasa sedih kepada atlet Rusia, Dina Averina yang hanya mampu memenangi pingat perak dalam acara tersebut.

Ada pengguna laman sosial yang menyokong kemenangan Israel dan beranggapan bahawa rutin yang dilakukan oleh Linoy adalah lebih sukar.

Sementara itu media Israel melaporkan bahawa kisah yang hampir sama turut terjadi pada kejohanan dunia tahun 2018, juga dengan atlet yang sama. Dalam acara itu, Dina turut melakukan kesilapan yang sama dan memenangi tempat pertama dan Linoy tempat kedua.

Begitulah kisah yang terjadi pada Olimpik ini. Bagi kita, ia bukan sesuatu yang pelik bukan?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Yahoo