Ramai Terkejut Bila Tahu Harga Kasut Individu Ke-55 Terkaya Di Dunia Ini

Ramai menyangka orang kaya hanya akan pakaian mahal-mahal dan berjenama. Namun siapa sangka, orang terkaya ke-55 di dunia, iaitu Zong Qinghou sangat sederhana.

Baru-baru ini, Forbes mendedahkan, jumlah kekayaan Zong Qinghou adalah AS$8.7 bilion (RM36 bilion).

Namun, pemilik Hangzhou Wahaha Group yang mengusahakan air mineral botol, teh dan susu itu hanya memakai kasut berharga RMB30 (RM18.91) sahaja.

“Harga kasut kain yang saya pakai sekitar RMB30. Sangat selesa, saya sudah memakainya bertahun-tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Zong Qinghou sering memakai kemeja biru dan kasut kain hitam.

Malah, perbelanjaan hidup Zong Qinghou juga sangat rendah untuk golongan kaya sepertinya dimana dia hanya membuat pengluaran peribadi sebanyak AS$20 (RM82.67) sehari.

Dia tidak berjudi, minum arak atau bermain golf malah hanya makan di kantin pejabat.

Gaya hidup berjimat cermat Zong Qinghou juga diterapkan di syarikat miliknya, Hangzhou Wahaha Group Co, syarikat minuman ringan terbesar ketiga di China.

SUMBER: Harian Metro