Ramai Yang Bengang Dengan ‘Nurul’, Tapi Siapa ‘Nurul’ Sebenarnya?

Siapa yang mengikuti drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2, pasti tahu dengan watak Nurul Ain yang sangat disukai oleh Mak Leha dan mahu menjodohkan gadis itu dengan Khuzairi.

Meskipun wataknya lemah lembut, namun dalam diam dia menyimpan hati dan semakin berani untuk mendekati Khuzairi. Malah, ramai yang bengang dan geram dengan watak Nurul yang dilihat tidak tahu malu.

https://www.instagram.com/p/CDg8qVJpFPE/?utm_source=ig_embed

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Nurul yang dibenci oleh penonton. Pelakon di sebalik watak ‘Nurul’ ini bernama Wafariena Roslan yang merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi.

Berusia 25 tahun, gadis ini berasal dari Pulau Pinang. Siapa sangka, Wafariena mempunyai satu single berjudul Carilah Aku yang dilancarkan pada tahun lalu.

 

Sebelum ini Wafariena pernah membintangi filem Buntat dan telefilem Kisah Seram Hostel. Warafriena juga pernah mencuba nasib dalam ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2019.

Gadis tinggi lampai ini mula lakonan sejak berusia 8 tahun lagi dan membintangi beberapa muzik video.

Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai kebolehan bercakap dan menyanyi dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Filipina, Bollywood dan Thailand selain Inggeris. Wafariena juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.