Baru-baru ini, ada isu yang mengejutkan umat Islam seluruh dunia apabila penyanyi antarabangsa Rihanna dikecam apabila menggunakan petikan hadis yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya Savage x Fenty.
Menerusi video yang tular di media sosial, memaparkan aksi model yang berpakaian seksi menari dengan berlatar belakangkan muzik berkenaan.
Difahamkan, lagu remix berjudul Doom itu telah dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun lalu dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai hari kiamat.
So the Hadith rihanna used was about the signs of the day of judgement?
I’m actually disgusted pic.twitter.com/zVLAHb8p7W
— كاف (@Kafeeyaaaa) October 4, 2020
Menerusi hasil tinjauan, ada netizen mengatakan lagu itu bukan kali pertama digunakan apabila ia pernah dimainkan ketika pertunjukan fesyen Fenty x Puma pada tahun 2017.
Susulan itu, ramai netizen mahu Rihanna membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu tersebut kerana sebelum ini dia juga pernah menyentuh sensitiviti umat Islam di seluruh dunia apabila menampilan model berhijab dalam iklan jenamanya.
So disturbing how rihanna and her team used a muslim hijabi girl in their fenty makeup line but cant even take the time to actually educate themselves on her religion! a line thats supposed to ”represent”diversity no less pic.twitter.com/2abXSbulF7
— s. (@saessance) October 4, 2020