Sambutan Perayaan Aidilfitri Di Malaysia Mungkin Ditangguhkan

Susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sambutan perayaan Aidilfitri di Malaysia berkemungkinan akan ditangguhkan.

Menurut Dr Zulkifli, umat Islam diwajibkan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal seperti menunaikan solat Hari Raya tetapi mungkin perlu membataskan ziarah ke rumah tetangga seperti kebiasaannya.

“Selepas berpuasa sebulan, kita diwajibkan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal. Kita mesti menunaikan solat Hari Raya sebagaimana dinasihatkan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mungkin kena bataskan ziarah ke rumah tetangga pada Hari Raya Aidilfitri dan mengamalkan jarak sosial,” katanya.

Ujar beliau lagi, sambutan keraian perayaan seperti rumah terbuka dan sebagainya boleh ditangguhkan ke satu masa lain kerana Perintah Kawalan Keselamatan (PKP).

Jelas Dr Zulkifli lagi, pihaknya akan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penangguhan sambutan Hari Raya seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia .

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata Malaysia boleh menangguhkan cuti umum untuk Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana dilakukan negara jiran itu.

Terdahulu, Indonesia memutuskan untuk menangguhkan cuti Hari Raya Aidilftri ke 28 hingga 31 Disember untuk menghentikan pergerakan orang ramai ke kampung bagi mengelakkan penularan Covid-19.

SUMBER: mStar Online

Leave a Reply