Sanggup Travel Lebih 200km Kerana Wanita Dari Mobile Legends, Lelaki Ini Akhirnya Menangis

Penangan orang bercinta ini, macam-macam benda yang dirasakan mustahil boleh dibuatnya. Demi nak membuktikan cintalah kiranya.

BACA: Isteri Menangis Di Sisi Suami Yang Bernikah Dengan Bekas Kekasih

Tapi apa yang kami kongsikan ini, buat kami sedih sikit pun ada, nak tergelak pun ada. Dalam satu kejadian menyayat hati yang berlaku di negara seberang ini, seorang lelaki cuba ditenangkan oleh orang ramai.

Melalui video yang pantas tersebar itu, lelaki berkenaan dilihat menangis dan berdasarkan pertanyaan orang ramai, punca tangisan itu adalah kerana cintanya ditolak.

Mengenali wanita berkenaan dari game Mobile Legends, lelaki ini didakwa sanggup menempuh perjalanan lebih 200 kilometer demi untuk berjumpa wanita tersebut.

Namun apakan daya, sebaik sampai di tempat yang dijanjikan, wanita berkenaan enggan berjumpa dengannya – seterusnya membuatkan hatinya retak seribu.

Selain terdengar suara mak cik yang menyuruh di istigfar dan diberikan air, video berkenaan turut dimeriahkan lagi dengan lagu sedih.

Begitulah kisah ringkas tentang percintaan yang berlaku di sekeliling kita. Ada yang manis dan tidak kurang juga pahit.

Semoga lelaki berkenaan tabah menghadapi ujian sebagai seorang lelaki yang ditolak cintanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.