Seksa Sungguh Tengok AC Mizal Belajar Bahasa Korea Dengan Maryam

0
16532

Mempelajari bahasa baru bukannya mudah lebih-lebih lagi jika sudah berusia ini. Macam-macam lengguk dan cara sebutan yang betul perlu dihadamkan untuk memahami bahasa baru.

BACA: Netizen Tegur Beli Cover Buku Mewah Tak Boleh Bawak Mati, Ini Respon Selamba Vida

Itulah yang terjadi kepada AC Mizal, Lisa Surihani dan yang lain-lain dalam satu sketsa rancangannya, Punch Line DAC. AC Mizal pun boleh tahan degil juga nak belajar bahasa baru pun.

Kita dapat melihat keperitan dan kesungguhan setiap selebriti yang ada untuk mempelajari bahasa Korea. Apa yang pasti, Maryam sememangnya menghayati watak sebagai guru.

Maryam yang berbangsa Korea dan berkahwin dengan suaminya (orang sini) mula mendapat perhatian apabila gelagat mereka seringkali dikongsikan di laman Instagram.

Dapat tak mereka nyanyi lagu Happy Birthday sampai habis? Korang kena tengok sendiri di bawah ini.

Musim-musim PKP ini apa yang anda buat duduk terperuk di rumah?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.