Selepas KFC & McD, Lori Milo Pula Muncul Di Istana Negara Edar Air Percuma

Sejak Isnin lalu, kemelut yang melanda politik negara semakin meruncing apabila Tun Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sekaligus menggemparkan negara.

Rata-rata, rakyat mahupun netizen masing-masing inginkan kepastian mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam kabinet negara. Hari ini difahamkan, sebahagian baki ahli parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk sesi interview secara peribadi.

Untuk mendapatkan segala maklumat tersebut, petugas-petugas media gigih ‘berkampung’ di hadapan pintu masuk Istana Negara untuk berita mutakhir dan terkini.

Jika Isnin dan Selas lalu Yang di-Pertuan Agong memberikan hidangan KFC dan McD kepada petugas media, kali ini lori syarikat air minuman terkenal, Milo pula muncul di Istana Negara.

Gambar lori tersebut diletakkan di hadapan pintu Istana Negara tular sejak awal pagi tadi telah dimuat naik oleh seorang petugas media yang berada di sana.

Foto tular itu mendapat perhatian netizen yang turut teruja melihat lori Milo yang sentiasa menjadi kegemaran ramai sejak kecil lagi. Malah, ada yang berseloroh bertanyakan sama ada boleh mengambil banyak kali atau tidak.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply