Semua Sekolah & IPT Diarah Tutup Selama 2 Minggu

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan perintah menutup semua sekolah dan institut pengajian di seluruh negara.

Perintah itu tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

“Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

“Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

“Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi,

“..pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan,” katanya.

 

Leave a Reply