Sesi Live Dr Noor Hisham Dihujani Dengan Ucapan Selamat Hari Jadi

Nampaknya sejak beberapa hari ini rakyat sudah boleh menarik lafas lega apabila kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia menurun kepada dua angka. Malah, sebanyak 3,197 kes sembuh dicatatkan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui sidang akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Namun apa yang menjadi perhatian dalam sidang media itu apabila menerusi ruang komen siaran langsung berkenaan, rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Bukan sahaja di ruangan komen, malah wakil media yang berada di sana juga turut menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada beliau sejurus mengakhiri ucapannya.

Menyedari perkara itu, Dr Noor Hisham memandang ke arah wakil media dan membalasnya dengan senyuman.  Bagaimanapun, ulang tahun kelahiran pakar bedah itu bukanlah jatuh pada hari ini, sebaliknya pada Selasa ini, 21 April.

Leave a Reply