Setahun Kahwin Tak Merasa Nafkah, Wanita Terkilan Mentua Control Duit Suami

Tidak dinafikan bagi setiap anak lelaki, ibu adalah insan yang perlu ditaati sehingga ke akhir hayat mereka. Namun apabila sudah berkahwin, tanggungjawab akan beralih kepada isteri dan anak-anak.

Namun, sudah banyak kisah kita dengar apabila si anak melebihkan ibu sehingga nafkah isteri terabai. Seperti kisah tular di TikTok ini, seorang wanita mendedahkan perkahwinan hanya bertahan setahun sahaja.

Seperti kita tahu, meskipun wanita bekerja namun suami perlu melaksanakan tanggungjawab nafkah. Bagaimanapun, wanita ini berkata suaminya tidak pernah memberikan nafkah sepanjang berkahwin.

Lebih kesal, wanita itu memberitahu mentuanya yang mengawal urusan suaminya. Kata wanita itu lagi, dia juga dipernah dianggap menantu oleh mentuanya.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang melabel suaminya sebagai ‘anak emak’ sehingga urusan rumah tangga juga dikawal oleh ibu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin sudah tiada jodoh dan tiada guna bertahan jika tidak bahagia. Malah, ramai mendoakan wanita itu bertemu dengan jodoh lebih baik selepas ini.

SUMBER: TikTok