Berita baik buat rakyat Palestin dan juga saudara seluruh Islam sedunia apabila Israel bersetuju untuk melaksanan gencatan senjata bermula awal pagi ini.
BACA: Rakyat Israel Ini Berjaya Masuk Malaysia, Terkejut Dengan Apa Yang Dilaluinya
Perkhabaran itu diumumkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menggelar langkah itu sebagai ‘sepakat dan tanpa syarat’.
Sementara itu, tentera Hamas turut mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘sepakat dan serentak’.
Untuk pengetahuan anda, antara beberapa faktor yang mendorong Israel bersetuju dengan gencatan senjata ini sebenarnya adalah berpunca dari tekanan penduduk mereka sendiri.
Malah tekanan daripada pucuk pimpinan antarabangsa dan Mesir turut menyumbang langkah gencatan tersebut dipersetujui.
Sebaik diumumkan, ratusan penduduk Palestin memenuhi jalan-jalan di Gaza untuk meraikan berita gembira itu.
Mereka membunyikan hon kereta, melepaskan tembakan ke udara dan menangkap gambar sambil memegang senjata, selepas melalui minggu-minggu sukar dalam konflik berdarah itu.
Kami kongsikan dengan anda, gema takbir Aidilfitri. Sayu, sedih namun dalam masa yang sama gembira kerana penderitaan rakyat Palestin diangkat berkat doa semua.
Pertempuran antara Palestin dan Israel bermula pada 10 Mei lepas, selepas Israel mengusir beberapa penduduk Palestin di Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis.
Ia adalah untuk memberi ruang kepada pendatang haram Israel menduduki kawasan tersebut selain pertempuran turut tercetus di Masjid Al-Aqsa.
Akibat konflik tersebut, Semenanjung Gaza musnah selepas Rejim Zionis melancarkan serangan berterusan yang telah membunuh 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak selain 1,900 turut tercedera.
Sumber: Kosmo! Online