Setiap Malam Anak Panggil Arwah Bapa Sambil Pegang Buku Yasin Undang Sebak

Benarlah apa dikata, kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Meskipun bapanya telah pergi menghadap Ilahi, namun kasih sayang diberikan pada anaknya masih berbekas.

Menerusi video tular di TikTok, meskipun tidak mengerti apa-apa lagi, namun anak berusia 3 tahun ini tidak lupakan bapanya apabila setiap hari memegang erat sebuah buku Yasin yang terdapt gambar arwah bapanya.

Lebih sebak, kanak-kanak itu seolah meminta didukung oleh bapanya melalui buku tersebut dengan menunjukkan aksi menghulurkan kedua-dua tangannya.

Seakan tahu bapanya sudah tiada di dunia bersamanya, kanak-kanak itu mencium gambar bapanya dengan penuh kasih sayang pada buku Yasin tersebut.

Perkongsian video tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat gelagat si kecil itu yang rindukan bapanya.

Dalam satu perkongsian video dipercayai oleh ibu kepada kanak-kanak berkenaan berkongsikan pemergian suaminya tahun lalu.

SUMBER: Merdeka.com