Siapa Makan Quinoa, Kadar Zakat Fitrahnya Lebih RM100 Satu Kepala

Menerusi portal rasmi Lembaga Zakat Selangor, kita digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.

Ini kerana, ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.

Walau bagaimanapun, hukum dan dalilnya adalah sunat dan dalil galakan kepada individu yang ingin membuat bayaran mengikut harga beras.

Namun, menerusi satu perkongsian di Twitter oleh seorang amil Pusat Zakat Selangor, Faizal Rahim memberitahu sesiapa yang makan quinoa sebagai ganti kepada beras perlu membayar kadar zakat fitrah yang lebih mahal.

Menurutnya, kadar zakat fitrah untuk mereka yang menjadikan quinoa sebagai makanan ruji dianggarkan lebih RM100 seorang.

Bagaimanapun, amil zakat itu menegaskan bayaran zakat fitrah ini tak tertakluk jika pembayar zakat makan quinoa sekali-sekala. Hanaya mereka yang makan quinoa sebagai ganti beras sebagai makanan ruji sahaja yang berbeza kadar zakat fitrahnya.

Dalam Islam, kadar kiraan zakat fitrah seseorang dikira berdasarkan harga satu gantang Baghdad (2.6 kg) makanan ruji pembayar zakat.

Jika makanan ruji pembayar zakat itu adalah gandum (seperti di beberapa negara Arab), makan kadar zakat fitrah mereka bersamaan dengan harga 2.6kg gandum.

Jika makanan ruji kita di Malaysia adalah beras super spesial tempatan (5% hancur dan ke bawah), kadar zakat fitrah kita adalah RM7 seorang.

Namun, makanan ruji kita adalah beras wangi Thailand, kadar zakat fitrah kita adalah RM14 seorang, manakala jika makan ruji kita adalah beras basmathi, kadar zakat fitrah adalah RM21 seorang.

SUMBER FOTO: Food Malaysia Most Wanted

Leave a Reply