Starbucks Tawar Promosi RM2.90 Sahaja Untuk Minuman Kedua Esok!

Buat pencinta kopi dan minuman Starbucks ini semenangnya berita baik untuk anda dimana rangkaian kafe kopi terkenal itu menawarkan promosi untuk minuman kedua mereka serendah RM2.90 sahaja.

Macam mana nak dapatkan minuman kedua dengan harga ‘tak masuk akal’ itu? Anda perlu membeli 1 minuman handcrafted bersaiz venti dan hanya perlu membayar minuman kedua berharga RM2.90 sahaja.

Promosi ini hanya berlangsung pada esok sahaja iaitu 29 Februari 2020 bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Anda boleh dapatkan promosi ini disemua cawangan Starbucks seluruh Malaysia kecuali di Sunway Lagoon, Genting Highlands dan cawangan di lapangan terbang.

Namun, ada satu perkara PENTING perlu anda tahu, promosi ini hanya sah untuk mereka yang lahir pada 29 hari bulan sahaja, tak kisahlah bulan berapa anda lahir.

Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan Starbucks berhampiran anda tapi. Dah boleh cari kawan-kawan anda yang lahir pada 29 hari bulan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply