Siapa sangka dengan hanya tidur selama 7 jam sahaja sudah boleh meraih pendapatan lumayan. Seperti seorang streamer ini, Asian Andy yang berjaya mendapat sebanyak $16,000 (RM64,650).
Memerik laporan Ladbible, Andy hanya memaparkan aksinya tidur secara live selama 7 jam dan penonton ‘menyumbangkan’ wang kepadanya dengan menganggunya tidur.
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana penonton menganggunya ketika tidur? Penonton meminta bantuan pembantu maya, Alexa untuk memasang muzik dengan kuat atau meniru bunyi anjing menyalak.
Malah, ada juga yang cuba menakut-nakutkannya dengan mengatakan ada orang sedang memerhatikannya dari tingkap.
Diakhir video live tersbeut, Andy terkejut dan seoalh tidak percaya dengan sumbangan wang daripada penonton.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Ladbible