Suami Dari Jepun Ini Sungguh Setia, Masih Yakin Isteri Hidup Selepas Hilang Ketika Tsunami 2011

Kasih seorang suami, meskipun sudah sepuluh tahun isterinya hilang ketika tsunami melanda bandar Onagawa di Miyagi, Jepun, namun ia tidak mematahkan semangat untuk lelaki ini untuk mencari isterinya.

Yasuo Takamatu, 64 tahun sanggup mendapatkan lesen menyelam untuk mencari isterinya tanpa kenal erti putus asa.

Dalam tempoh tujuh tahun, Takamatu telah melakukan 470 selaman yang dilakukan setiap minggu dan angka itu terus meningkat.

“Saya menyelam untuk isteri saya… jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan.

“Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa,” katanya.

Dalam pada itu, Takamatsu turut menyertai pihak berkuasa tempatan melakukan operasi pencarian yang mana mereka berjaya menemui 2,500 jasad.

Sehingga kini, dia telah menemui album, pakaian dan artifak namun bukan bukan milik isterinya. Ujarnya, selagi, dia akan terus mencari isterinya selagi dirinya masih hidup.

“Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan ‘Adakah awak okay? Saya mahu pulang’. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang,” katanya lagi.