Seorang wanita dilaporkan mengalami trauma apabila dan kemurungan apabila mendapati suaminya sendiri sanggup menebuk lubang pintu bilik air untuk mengintainya ketika sedang mandi.
Memetik laporan Evening News, dalam kejadian berlaku di London itu, suspek Stuart Alden, 32, berkata hubungan mereka suami isteri bertambah buruk selepas isterinya melahirkan anak.
Mangsa dikatakan tidak lagi mahu mengadakan hubungan seks sehingga membuatkan Alden menebuk lubang di pintu bilik air rumah mereka untuk melihat isterinya mandi.
Peguam mangsa, Michael Devaney berkata mangsa merasakan seolah dirinya sedang diperhatikan dan memberitahu terdengar bunyi rantai yang dipakai suaminya di luar pintu bilik air.
Berang dengan keadaan itu, mangsa menyuarakan hal itu pada suaminya, namun lelaki itu mencabar mangsa membuat laporan polis jika benar dia bersalah.
Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis, sebaliknya merancang untuk mencari bukti dengan memasang kamera tersembunyi di bilik air mereka sebelum bertindak melaporkan kepada polis.
Susulan laporan dibuat, suspek akhirnya telah ditahan pada 17 Mei tahun lalu atas kesalahan memerhati seseorang dalam keadaan melakukan perbuatan bersifat peribadi.
Dalam pada itu, peguam suspek berkata daripada dia sanggup melakukan perkara itu (mengintai isterinya mandi) untuk memenuhi keinginannya daripada berlaku curang dengan perempuan lain.
Suspek juga dilaporkan telah mengaku bersalah diatas kesalahannya itu pada 23 Mac 2021. Suspek juga turut didaftarkan sebagai pesalah seks selama lima tahun.
Susulan kejadian itu, mangsa telah mendapatkan rawatan kerana mengalami kemurungan yang teruk dan sehingga ke hari ini dia masih lagi merasakan seperti diperhatikan.
SUMBER: Evening News24