Suami Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Hamil 7 Bulan Jatuh Dari Tebing Bukit

Sepatutnya pasangan ini dalam persiapan untuk menyambut cahaya mata yang bakal dilahirkan dua bulan lagi, namun bertukar tragedi dek kerana sikap tidak berhati perut si suami.

Seorang lelaki di Turki, Hakan Aysal, 40 dibawa ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya Semra Aysal dan bayi mereka yang masih belum lahir ketika sedang bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla, Turki.

Sebelum membunuh isterinya, Hakan dilaporkan mengambil gambar swafoto bersama isterinya yang hamil tujuh bulan kemudian menolak isterinya jatuh dari tebing bukit.

Pendakwaraya berkata kemalangan itu sebenarnya adalah rancangan Hakan untuk menuntut wang insurans.

Hakan dituduh melakukan jenayah pembunhan dengan sengara dimana dia merancang untuk membunuh isterinya bagi mendapatkan wang insurans kemalangan jiwa sebanyak 400,000 lira Turki (RM250,000) dimana pernerima adalah dirinya sendiri.

Pendakwar turut mendakwa alasan mereka duduk di atas bukit itu selama tiga jam adalah kerana Hakan mahu memastikan tiada orang di situ dan terus membunuh isterinya dengan menolak jatuh.

Pihak pendakwa turut menemukan dokumen dimana Hakan telah menuntut pembayaran insurans sebanyak TRY 400,000 selepas isterinya meninggal dunia namun ia ditolak untuk melakukan siasatan.

Dalam satu video temubual bersama saudara mangsa, Naim Yolcu mengatakan bahawa ketika mereka sekelurga ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat isterinya, Hakan tidak keluar dari kereta dan reaksinya seolah tiada apa yang berlaku.

“Setelah dia meninggal, kami baru tahu Hakan ada mengambil tiga pinjaman atas nama adik saya. Selain itu, Hakan takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Sementara itu, dalam soal jawab bersama mahkamah, Hakan menafikan dia bertangungjawab atas kematian isterinya.

“Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya. Ketika saya berpatah balik, dia tidak ada di sana. Saya tidak tolak isteri saya,” katanya.

Difahamkan, Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye memutuskan Hakan akan ditahan kerana merangcang pembunuhan isterinya dan siasatan masih diteruskan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Mirror