Sub-Kluster Tabligh Di Rembau Merebak Kerana Kunjung-Mengunjung Ke Rumah Saudara

Meskipun sudah memasuki tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) telah dilaksanakan, namun kes COVID-19 di Malaysia masih belum reda lagi. Bakal berakhir Selasa depan, namun masih banyak lagi kes dilaporkan.

Baru sahaja reda hampir reda dengan kes kluster Sri Petaling, nampaknya muncul subkluster Rembau, Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek itu.

Difahamkan kluster Rembau ini membabitkan kakitangan di sebuah sekolah dan kemudiannya merebak ke beberapa lokaliti di beberapa daerah iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Sehingga 8 April, terdapat 27 orang yang telah dikenal pasti positif COVID-19, termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Penularan COVID-19 dikawasan itu, kata beliau, dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sebuah sekolah apabila salah seorang ahli mesyuarat tersebut merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling (kes ke-448).

Tanpa sedar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung, sehingga terdapat tiga generasi jangkitan.

Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Leave a Reply