Sugu Pavithra Dapat Hadiah Istimewa, Kad Ucapan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin

Berjaya menambat hari rakyat Malaysia dengan resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana bersama keluarga, baru sahaja beberapa bulan Youtuber Malaysia berbangsa India ini iaitu Sugu Pavithra sudah meraih jumlah subscriber sehingga lebih 400k.

Bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia malah daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, Pavithra juga turut menerima hadiah istimewa daripada PM iaitu tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak.

Malah, Pavithra juga turut menerima kad ucapan istimewa bertulis tangan daripada Muhyiddin Yassin yang telah diabadikan dalam bingkai gambar.

Menerusi kad ucapan itu, tertulis, “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”

Pavithra turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana di atas hadiah yang diberikan untuk memudahkan lagi sesi rakaman memasak.

Pavithra berkata, dia tidak menyangka dan seakan tidak percaya akan menerima hadiah daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Merendah diri menjawab soalan daripada wartawan, Pavithra mengatakan siapalah dirinya untuk menerima hadiah daripada Perdana Menteri.

“Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih. Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah kakak wartawan telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum” katanya.

Dalam pada itu, Pavithra berkata dia dan suami menggunakan tripod itu untuk temu ramah secara panggilan video terutama ketika ‘live’, namun untuk memasak di dapur mereka masih menggunakan cawan.

“Saya selesa gunakan cawan sebab dah biasa, lagipun ruang dapur terhad. Tapi untuk perkara lain memang gunakan tripod dan ia sangat membantu, terima kasih Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Pavithra berkata selepas videonya tular dia menerima sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari sama ada untuk temu ramah atau menghantar barangan berupa bahan makanan mahupun perkakasan elektrik.

SUMBER: Bernama

Leave a Reply