Sugu Pavithra Didesak Tutup Channel & Berhenti Kongsi Resepi

0
39977

Meskipun baru sahaja berjinak-jinak sebagai Youtuber, namun nama wanita ini semakin dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan Sugu Pavithra yang popular dengan video masakannya.

Hanya suka berkongsi resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana bersama keluarga, baru sahaja berapa bulan, wanita ini sudah meraih jumlah subscriber sehingga lebih 400k.

Malah, lebih bangga apabila resepi yang dikongsikan oleh Pavithra turut menjadi ikutan Youtuber daripada Jepun yang turut menyediakan masakan kari wanita itu.

Namun sama seperti Youtuber lain Pavithra juga tidak terlepas daripada rasa tidak puas hati dan iri hati netizen. Kalau dah popular dan jadi bualan ramai pasti akan ada yang dengki.

Menerusi perkongsian di Twitter, tular komen di saluran Youtube yang memaklumkan ada segelintir netizen mengecam Pavithra dalam bahasa Tamil.

Menurut komen tersebut, ada dikalangan netizen kurang senang melihat Pavithra berkongsikan resepi masakannya kepada orang ramai dan meminta untuk menutup saluran Youtube.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati tidak menemui komen yang dikatakan bersifat ‘cyber bully’ di ruangan komen video Pavithra. Namun tidak dapat sama ada komen-komen tersebut telah dipadam.

Susulan penularan itu, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat wanita itu untuk terus menghasilkan video masakan yang sedap-sedap kepada orang ramai dan tidak mempedulikan komen negatif netizen.

Apa yang pasti ramai yang kagum dengan video wanita itu yang begitu fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. Melihatkan isu tersebut, sekaligus membuktikan kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.