Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun ada ibu bapa di luar sana seolah tidak bersedia untuk mempunyai anak sehingga sanggup menganaiya anak mereka.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna di aplikasi TikTok yang memuat naik semula video daripada Indonesia yang memaksa anaknya bawah 6 bulan makan.
Pengguna yang berkongsikan video tersebut mengatakan ibu berkenaan sudah pun memadam video menyuap anaknya makan namun sempat merakam beberapa video.
Geram dengan video berkenaan pengguna dikenali sebagai Mya Sarah itu meluahkan rasa kasihan dengan byi berkenaan. Ujarnya, bayi bawah enam bulan tidak boleh disuap makanan pejal kerana bimbang boleh menyebabkan usus pecah.
Tegasnya lagi, jika tidak ada ilmu tidak perlu ada anak kerana hanya menganiaya bayi berkenaan.
Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut merah dengan tindakan ibu berkenaan yang mengikat tangan bayi berkenaan sambil menyuap makan.
Kata netizen lagi, sebagai ibu yang baru lahirkan anak lebih peka dan jika tidak tahu bertanya kepada yang lebih arif terutama ibu bapa atau boleh sahaja melakukan carian di internet.
Malah, ada seorang netizen meluahkan rasa berang kerana dia yang belum berkahwin pun tahu bahawa bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh diberi makan pejal kerana saiz mereka yang kecil.
Menerusi komen, ada yang mengatakan si ibu berkenaan tidak lagi lagi menyuap makanan kepada anaknya, namun ianya berdasarkan tinjauan perkongsian di video sahaja.
Namun, dalam perkongsian video terbaru, bayi berkenaan dilihat dalam keadaan baik-baik sahaja.
SUMBER: TikTok PrincessMyaSarah