Susah Nak Percaya Nenek Ini Sudah Berusia 53 Tahun Tapi Kelihatan Muda Kalah Anak Dara

0
13330

Penjagaan luar dan dalaman diri yang serius bermula dari usia muda pastinya akan meringankan beban di hari tua. Tapi bagi wanita berusia 53 tahun ini, wajahnya bagaikan tak dimakan usia langsung malah mengalahkan gadis muda di luar sana.

BACA: Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen

Lebih mengejutkan lagi, wanita yang dikenali sebagai Puspa Dewi ini dalam masa yang sama sudah pun mempunyai cucu – sudah bergelar neneklah kiranya.

Perkongsian Puspa Dewi di Instagram baru-baru ini ternyata mengejutkan netizen selain ada yang tidak percaya dengan awet muda dimiliki wanita ini. Dalam posting Instagram tersebut, Puspa berkongsikan dua gambar, satu diambil pada tahun 1993 dan satu lagi pada tahun ini, 2020.

Menurut laporan Suara.com, Puspa mengakui bahawa dia sememangnya cintakan senaman bermula dari zaman sekolah sehingga kini.

Untung buat Puspa kerana senaman mampu mengekalkan keremajaan dan bagi kami di sini pun suka bersenam dan kalau tengok di Instagramnya pun, memang dia lincah bersenam.

Lain cerita bagi kami di sini. Sudah habis bersenam atau jogging di pagi hari, lagi afdal di sambung ke restoran mamak barulah complete senaman.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.