Syukur, Anda Kini Boleh ‘Mute’ Perbualan Di Whatsapp Selama-lamanya

Mengaku sajalah, setiap kali kita ditambah masuk ke dalam kumpulan Whatsapp, mesti ada yang mengeluh. Mana yang berani, selamba terus keluar balik daripada kumpulan tersebut.

BACA: Betulkah Whatsapp Keluarga Jadi Tempat Tunjuk Kepandaian Anak?

Mungkin faham dengan situasi kita, Whatsapp baru sahaja memberikan kenyataan berhubung fungsi Mute yang sudah boleh diaktifkan untuk selama-lamanya.

Perkara tersebut dikongsikan di Twitter namun menerima pelbagai reaksi berbaur selain ada yang menyatakan banyak lagi fungsi lain yang perlu diberi perhatian berbanding perkara tersebut – contohnya penggunaan peranti telefon ke desktop dalam satu masa tanpa sambungan telefon, mirip aplikasi Telegram

Tapi jujurnya, masih ramai di antara kita yang lebih selesa ‘mute’ kumpulan Whatsapp demi menjaga hati individu dalam kumpulan tersebut. Sedar atau tidak, fungsi mute ini sebenarnya dalam masa sama turut membantu dalam menjimatkan bateri telefon pintar anda.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.