Tadika Ini Hidang Makanan Macam Bagi Makan Kucing?

Sekali pandang gambar tersebut, pasti ramai yang akan menyangkakan ianya seperti makanan kucing, tetapi ianya bukanlah makanan kucing tetapi makanan yang disediakan oleh satu pusat jagaan untuk kanak-kanak yang dihantar di tempat tersebut.

Foto itu dikongsikan oleh seorang ibu yang meluahkan rasa terkilan melihat makanan yang disediakan oleh oleh pusat jagaan di mana anaknya dihantar ke situ hampir setiap hari.

Menurutnya, dia mengharapkan anaknya dijaga dengan baik tanpa mempersoalkan bayaran yang dibayar tetapi makanan seperti itu diberikan pada anaknya. Katanya lagi, sebelum ini anaknya pernah mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dadar sahaja dan menyangkakan hanya sekali sekala sahaja.

Ujarnya lagi, dia sendiri pergi ke taska untuk melihat sendiri memandangkan anaknya kerap mengadu mengenai makanan yang dihidangkan.

“Ternyata makanan yang disediakan hanya lah nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh enam orang anak,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang turut terkejut dengan makanan yang diberikan. Bukan sahaja menyamakan seperti makanan kucing tetapi, malah ada yang mengatakan ianya seperti sisa makanan.

Dalam pada itu, ramai yang mempersoalkan tergamak pihak pusat jagaan tersebut yang sanggup memberikan makanan sedemikian rupa. Tidak kurang juga ada yang bertanya sanggupkah jika perkara ini berlaku pada anak individu yang menguruskan pusat jagaan tersebut.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply