Tak Kuarantin Diri, Lelaki Positif COVID-19 Naik Bas Dari JB Ke Kuantan

Seorang penumpang yang menaiki bas ekspres Plusliner dari Johor Bahru ke Kuantan pada 16 Mac lalu disahkan positif Covid-19 sekaligus membuatkan pejabat kesihatan menggesa penumpang lain yang menaiki bas yang sama melaporkan diri ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan.

Difahamkan, penumpang berkenaan menjalani ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru, namun tidak mengkuarantinkan dirinya. Keputusan kemudian mendapati positif Covid-19, tetapi lelaki berkenaan sudah menaiki bas ke Kuantan.

Penumpang terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu.

Dilaporkan, kesemua penumpang bas ekspres Plusliner tersebut yang dinaiki individu yang disyaki Covid-19 itu sudah menghubungi bilik gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Kejadian itu berlaku selepas ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu untuk pulang ke kampung awal minggu ini walaupun pihak berkuasa merayu agar tidak keluar rumah ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Free Malaysia Today

Leave a Reply