Tak Mahu Lambat Pergi Kerja, The Rock Cabut ‘Auto Gate’ Guna Tangan

Gara-gara tidak mahu terlewat ke set penggambaran, pelakon dan peninju popular The Rock berkongsi dia terpaksa mencabut pintu pagar automatik rumahnya yang tidak berfungsi dengan menggunakan tangannya sendiri.

Menurut The Rock, pintu pagar automatik berkenaan tidak berfungsi selepas kawasan kediamannya mengalami gangguan elektrik kerana ribut petir.

The Rock berkata dia membuat keputusan untuk mencabut sahaja pagar berkenaan selepas dimaklumkan dia terpaksa menunggu sehingga 45 minit untuk juruteknik tiba ke kediamannya serta memikirkan krew di set penggambaran yang sedang menunggu.

“Ketika itu saya teringat lebih seratus krew sedang menunggu saya untuk datang bekerja di set penggambaran.

“Mereka tidak boleh memulakan penggambaran sekiranya saya tidak muncul di sana. Jadi saya terpaksa lakukan apa yang patut. Saya tolak, tarik dan pecahkan pintu pagar itu secara bersendirian.

“Saya tanggalkannya dari tiang batu, pecahkan besi hidraulik dan lemparkannya ke atas rumput,” kongsinya di Intagram.

Katanya lagi, tindakannya itu sekaligus mengejutkan juruteknik yang datang ke rumahnya. Ujarnya, kejadian itu bukanlah detik terbaik tapi dia terpaksa melakukannya kerana mahu ke tempat kerja.