Tak Perlu Perbaharui Lesen Memandu Sepanjang Tempoh PKP

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua pemegang lesen memandu tidak perlu memperbaharui lesen memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Keputusan itu diambil selepas mengambil kira kesukaran orang ramai untuk berbuat demikian sehingga terpaksa keluar rumah dan mungkin perlu berada di tempat ramai orang.

Ujarnya sepanjang tempoh PKP, pemandu masih boleh memandu kenderaan masing-masing meskipun lesen sudah luput tetapi dengan syarat perlu mebawa salinan sijil perlindungan.

Arahan itu berkuat kuasa esok selaras dengan Sekyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membenarkan orang ramai untuk tidak memperbaharui lesen di kaunter atau secara atas talian.

Bagaimanapun, pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply