Sudah menjadi kebiasaan bagi restoran mengenakan caj tambahan untuk pelanggan yang mahu take away atau membawa pulang bungkusan makanan.
Kedai makanan Arab milik Chef Ammar juga turut mengenakan caj untuk makan take away. Namun, Chef Ammar berdepan kerenah pelanggan yang merungut apabila dikenakan caj berkenaan.
Menerusi satu posting di Facebook, Chef Ammar menjelaskan mengapa pelanggan perlu membayar caj tambahan untuk membungkus makanan yang tidak habis.
Menurutnya, penyediaan bekas plastik tersebut telah menambah kos ditambah pula pihaknya perlu memberikan bahan seperti kuah atau sayur baru untuk dibawa pulang.
Jelasnya lagi, pihaknya perlu membuat ‘dua kerja’ untuk membungkus makanan yang tidak dapat dihabiskan.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan penjelasannya itu, namun ada yang mencadangkan agar memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan mengenai caj tambahan berkenaan.