Takut Lipas Punya Pasal, Pasangan Ini Pindah Rumah 18 Kali Dalam Masa 3 Tahun

Setiap daripada kita pasti ada perkara yang kita takutkan seperti lipas sememangnya ramai yang takut dan geli dengan serangga perosak tersebut.

Namun, seorang wanita ini terlalu takut dengan lipas sehingga memberi kesan kepada rumah tangganya apabila suaminya mahu bercerai.

Mana tidaknya, dalam tempoh tiga tahun perkahwinan, pasangan dari Bhopal, India ini terpaksa berpindah sebanyak 18 kali kerana si isteri takut dengan lipas.

Penat dan malu terpaksa berdepan dengan situasi tersebut, si suami merancang untuk menfailkan perceraian.

Si suami tidak tahu isterinya takut dan fobia dengan lipas sehinggalah mereka berkahwin pada 2017 dimana si isteri yang ternampak lipas di dapur berlari keluar dan menjerit meminta tolong. Jeritan wanita itu terlalu kuat sehingga ahli keluarga yang lain turut terkejut.

Selepas kejadian itu, dia tidaka lagi masuk ke dapur dan meminta suaminya untuk berpindah ke rumah baru pada 2018 dan sehinggalah mereka berpindah randah sebanyak 18 kali.

Si suami berkata dia sudah membawa isterinya berjumpa dengan pakar untuk menangani ketakutannya itu namun wanita itu enggan mengambil ubat yang diberikan.

Malah, wanita itu mendakwa suaminya tidak memahami masalah yang dihadapinya dan seolah beranggapan dia gila sampai perlu mengambil ubat.

Suami mengatakan bahawa dia dan keluarga malu dan penat untuk berpindah serta memutuskan untuk bercerai.

SUMBER: World of Buzz