Tauhu Goreng Dimakan Bersama 200 Biji Cili, Netizen Bingung Dan Tak Keruan

0
8447

Tidak dinafikan pada zaman sekarang, memang kalau buka kedai makan mesti kena ada menu dengan nama pelik-pelik atau pun yang selalu orang buat, ada menu yang pedas tak ingat dunia.

BACA: Resepi Korean Garlic Cheese Bread Ini Hanya Guna Roti Burger!

Perkara ini turut sama menjadi ikutan di Indonesia terutamanya dan baru-baru ini sebuah video yang tersebar di sana membuatkan kami geleng kepala. Tengok wanita dalam video berkenaan makan pun dah terasa pedasnya, apatah lagi bila sesi ‘membuangnya’ nanti, pedas belaka.

Melalui video tersebut, kita disajikan dengan video pendek seorang wanita mencuba Tauhu Gejrot. Tauhu yang berasal dari Jawa Barat ini sememangnya akan dihidangkan dengan sambal yang pedas (seperti dalam gambar di bawah) namun versi yang ada kini, disemarakkan lagi dengan kemeriahan cili 200 biji.

Malah lebih menakutkan, dengan 200 biji cili itu, tidak kelihatan langsung tauhu gorengnya. Betul-betul mampu mengundang kecederaan usus.

Selain itu, dalam masa yang sama ia turut menjadi cabaran buat mereka yang ingin merasakan sendiri tahap kepedasan tak masuk akal ini. Anda boleh tonton sendiri video di bawah.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂