Tayang Bikini, Ruangan Komen IG Elizabeth Tan Penuh Komen Lucah

Lama tak dengar cerita tentang penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan. Sejak berkahwin, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy tidak lokek berkongsi video bersama suami.

Baru-baru ini, video dikongsikan Lizzy menjadi perhatian netizen apabila menayang bikini berwarna merah jambu. Menerusi video itu, Lizzy memegang set bikini pink itu dengan aksi nakal di TikTok.

Seperti sudah di jangka, di ruangan komen video itu dipenuhi dengan mesej gatal dan lucah daripada kaum lelaki.

Melihatkan banyak komen gatal daripada netizen, ada yang menegur kaum lelaki seolah tiada rasa malu meninggalkan komen tidak sepatutnya pada video itu.