Tealive Tawar Promosi Istimewa 2 Minuman Hanya RM10

Ini semestinya berita gembira buat peminat setia bubble tea. Sempena pembukaan 500 cawangan di Malaysia, Tealive menawarkan promosi istimewa buat peminat minuman mereka.

Apa yang pasti, promosi tersebut memang berbaloi-baloi dimana Tealive menawarkan 2 minuman dengan harga RM10 sahaja. Promosi yang sudah pun bermula hari ini iaitu 6 Mac sehingga 22 Mac 2020.

Tawaran ini sah di semua cawangan Tealive di seluruh Malaysia kecuali cawangan Tealive Cold Storage, KLCC.

Perlu diingatkan, promosi ini sah untuk minuman Tealive yang berharga RM6.50 dan terhad kepada 1 set untuk satu palanggan.

Perlu anda tahu bahawa ianya terhad untuk 800,000 minuman pertama sahaja. Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan Tealive berhampiran anda.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

One comment

Leave a Reply