Teman Wanita Kuat Cemburu, Lelaki Letak Paku Dekat Tempat Duduk Belakang

Ada kalanya, rasa cemburu dalam perhubungan itu bagus kerana ianya tanda sayang. Namun jika cemburu berlebih-lebihan, memang susah apatah lagi perlu puaskan hat pasangan.

Seperti kisah tular ini dari negara seberang ini, disebabkan teman wanitanya selalu menuduhnya curang dan dikatakan sering membawa perempuan lain meniki motor, lelaki ini bertindak luar biasa.

Lelaki tersebut bernama Khoirul Anam membuat keputusan mengubah suai motosikalnya dengan meletakkan paku pada tempat duduk belakang untuk membuktikan kesetiaannya.

Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah apabila sukar untuk keluar bersama teman wanitanya sehingga terpaksa duduk di bahagian hadapan motosikal.

Memang terhibur tengok telatah pasangan ini. Mungkin teman wanita berpuas hati kerana kekasihnya tidak akan berlaku curang, tapi menghadaplah duduk dekat depan macam tu.