Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi Sehingga 12 Mei

0
6146

Dalam perutusan khas Ramadan sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 28 April ini akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei ini.

Fasa keempat PKP akan bermula pada 29 April ini sejurus fasa kedua PKP tamat pada 28 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 8 minggu bermula 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.