Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi Sehingga 28 April

Dalam perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan dua minggu lagi iaitu bermula sehingga 28 April ini.

Menurut Muhyiddin, semua rakyat perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk duduk di rumah dalam tempoh lebih lama.

Muhyiddin berkata pelanjutan tempoh berkenaan dibuat selepas perbincangan dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM bagi menjamin keselamatan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Fasa ketiga PKP akan bermula pada 15 April ini sejurus fasa kedua PKP tamat pada 14 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu bermula 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Leave a Reply