Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April

0
25864

Dalam perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Menurut Muhyiddin, pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia. Ujarnya lagi semua rakyat mesti bersedia dari segi fizikal dan mental untuk duduk di rumah dalam tempoh lebih lama.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menasihatkan agar mereka yang berada di kampung tidak perlu pulang ke bandar.

“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya,” katanya.

Akan dikemaskini….