Tentera Akan Bantu Polis Pantau Perintah Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

0
7490

Sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun di media sosial hangat diperkatakan apabila masih ada lagi segelintir rakyat yang masih berdegil tidak menghiraukan perintah tersebut.

Susulan itu, Kementerian Pertahan memutuskan pasukan tentera akan dikerahkan untuk membantu pihak polis bermula Ahda ini bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam pada itu, tiada pengumuman darurat seperti yang disebarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Malah, tidak ada racun serangga yang akan disembur menggunakan helikopter tentera. untuk membunuh virus COVID-19 seperti yang tular di media sosial

Pihak polis akan terus meningkatkan sekatan jalan raya dan pihak polis juga boleh mengambil tindakan terhadap individu yang sakit tetapi tidak melaporkan keadaan mereka.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂