‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Keputusan Sepantas 30 Minit Dijual Pada Harga RM99

Sejak peningkatan kes wabak COVID-19 di Malaysia, ramai yang meluahkan rasa bimbang. Lebih mencetuskan panik apabila satu kematian di catatkan di Malaysia hari ini melibatkan wabak membawa maut itu.

Susulan itu, syarikat My EG Services Berhad (MYEG) memperkenalkan kit ujian pantas bagi mengesan virus itu di Malaysia.

Menurut MYEG, kit berkenaan dibangunkan syarikat China dan sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan China serta digunakan secara meluas di sana.

Kit ujian ini dapat mengesan jika anda dijangkiti virus COVID-19 dengan mengambil masa dalam 30 minit sahaja tanpa perlu mengambil sampel pada hidung dan tekak.

Kit berkenaan dijual pada harga RM99 setiap satu dan dijual sepaket yang mengandungi 10 kit pada harga RM990.

Anda boleh ke laman sesawang www.myeg.com.my untuk mengetahui cara penggunaan kit ujiant tersebut serta untuk pra tempahan.

Leave a Reply